MENCARI KEKAYAAN DALAM POLITIK

Pintu khazanah negara kini telah terbuka luas. Kekayaan yang selama ini dinikmati oleh pemimpin BN kini terbentang pula kepada pemimpin PH. Kini, yang selama ini menjauhi pemimpin PH akan datang menghampiri tersenyum manis mengharap sesuatu. Pujian akan dilemparkan dan ketokohan PH akan dijulang. Kita tahu tahap keikhlasan mereka namun pujian dan pujaan mereka tetap mengasyikan.

Kita mula berasa pengorbanan kita berbaloi. “Sudah tiba masanya negara ini membalas jasaku. Apa salahnya ku ambil sedikit, sebagai bayaran upahku” berbisik hati kecil kita, menjustifikasikan korupsi. Kita juga perlu membalas jasa, kepada mereka yang menyokong kita. Inikan politik demokrasi, kita saling tolong menolong. Jika tidak ditolong, siapa yang hendak berkempen, memacak bendera, berkorban masa dan wang ringgit, ketika kita memerlukannya. Sudah ada jawatan, makin ramai kroni menghampiri, mengharap sedikit habuan.

Sudah menjadi kepercayaan di Malaysia ini, dunia politik adalah lubuk kekayaan. Ramai  yang menjadikan politik sebagai karier hidup mereka. Kononnya berkorban untuk negara. Namun anak bini perlu diberi makan, kehidupan mahu mewah, status hidup perlu ditinggikan. Maka bergaduhlah kita demi jawatan. Akhirnya rasuah dan khianat menjadi amalan hidup.

Hati-hatilah wahai pemimpin PH, dunia baru ini memang memukau. Janganlah sia-siakan perjuangan yang begitu mahal selama ini dengan harga dunia yang begitu sedikit. Kau tidak memerlukan kekayaan untuk dihormati kerana kau sudah dihormati. Kau tidak memerlukan kekayaan untuk dipandang tinggi kerana kau sudah dipandang tinggi. Kau tidak memerlukan kekayaan untuk menyara keluarga kerana pendapatan halal kau akan mencukupi.

Hati hatilah wahai pemimpin PH. Kekayaan yang haram akan menghancurkan kau. Sebagaimana ia menghancurkan mereka yang sebelum engkau. Kekayaan yang haram akan menipu kau sebagaimana ia menipu mereka yang sebelum engkau.

Rakyat tidak melantik engkau  untuk mengkayakan kroni engkau. Janganlah engkau letak sekutu kau di puncak syarikat korporat dan agensi kerajaan ketikamana engkau tahu kepincangan kelayakan mereka.

Janganlah kau khianati harapan menggunung rakyat, yang mahu melihat fajar baru menyinsing dalam hidup mereka.

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s