JANGAN KECILKAN RAHMAT ALLAH

 

Hamzah bin Abdul Mutalib adalah bapa saudara Rasulullah yang sangat disayangi   oleh Rasulullah. Mereka berdua adalah sebaya. Hanya Hamzah dan Abbas sahaja daripada bapa saudara baginda yang memeluk Islam.

 

Namun di perang Uhud, kerana diupah oleh Hindun, Wahshi bin Harb seorang hamba berkulit hitam telah membunuh Hamzah dengan tombaknya. Kesedihan Rasulullah s.a.w bukan kepalang apabila melihat jenazah bapa saudaranya itu.

 

Walaupun begitu, baginda Rasul tidak berputus asa untuk mengislamkan Wahshi. Maka baginda telah menghantar utusan untuk memujuk Washi untuk memeluk Islam.

 

Namun Wahshi bimbang samada dosanya akan diampunkan kerana yang dia bunuh ialah bapa saudara Rasulullah s.a.w. Maka dia pun menghantar kerisauannya  kepada Rasulullah s.a.w , bahawa bagaimana mungkin Rasulullah boleh mengajak dia memeluk Islam apabila baginda sendiri mengatakan bahawa pembunuh, kafir dan penzina akan mendapat azab yang berlipat ganda di akhirat dan akan kekal didalamnya.

 

Maka Allah menurunkan ayat Surah Al Furqan :-

 

Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Al-Furqaan 25:70)

 

Tetapi Wahshi tidak berpuas hati kerana syarat untuk pengampunan ini ialah dia mesti bertaubat, beriman dan melakukan kebaikan. Bagaimana jika dia tidak berkesempatan untuk memenuhi syarat-syarat pengampunan ini.

 

Maka Allah menurunkan pula ayat berikut:-

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.

(An-Nisaa’ 4:48)

 

Namun Wahshi masih tidak berpuas hati walaupun Allah mengatakan bahawa Allah akan mengampunkan segala dosa kecuali syirik. Ini adalah kerana bagi dia , tidak ada jaminan Allah akan ampunkan dia. Bagaimana jika Allah tidak ampunkan ?

 

Maka Allah pun turunkan ayat berikut:-

 

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Az-Zumar 39:53

 

Barulah Wahshi berpuas hati dan kembali ke pangkuan Islam. Para sahabat lain bertanya adakah rahmat Alllah dalam ayat-ayat tersebut terpakai kepada Wahshi semata atau pun kepada semua maka disahkan oleh Rasulullah ianya terpakai kepada semua.

 

Ini adalah seorang lelaki yang telah membunuh ahlul bait yang sangat disayangi oleh Rasulullah yang kematiannya bukan sahaja ditangisi oleh Rasulullah s.a.w tetapi diratapi oleh wanita wanita Ansar. Seorang lelaki yang digelar Singa Allah dan Ketua Para Syuhada. Namun betapa Rasulullah tidak berputus dengan  pembunuh Hamzah.  Maha Agung pula menurunkan tiga ayat Al Quran yang suci untuk memujuk dan menenangkan hati  pembunuh Hamzah ini. Siapa pembunuh ini ? .Seorang  hamba lelaki berkulit hitam.

 

Kita hari ini patut malu dengan Rasulullah dengan betapa mudahnya kita memperkecilkan usaha dakwah terhadap mereka yang tidak mengenali Islam. Berapa ramai diantara kita yang begitu mudah mengenepikan usaha dakwah dengan menuduh orang bukan Islam sebagai kafir harbi? Berapa ramai antara kita pernah mengambil sedikit usaha untuk hampiri yang bukan Islam untuk mengenalkan Islam kepada mereka? Berapa ramai antara kita pula dengan sombong menafikan rahmat Allah kepada mereka hanya kerana kita bernasib baik dilahirkan dalam agama suci ini.

 

Semoga Allah rahmati kita semua…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s